Selasa, 13 Oktober 2009

Lihatlah fajar pagi, disinilah bermulanya kehidupan. Penuhilah kehidupan ini dengan keazaman baru kerana setiap hari adalah satu permulaan kehidupan baru. Bersikap positif dalam melakukan sesuatu. Fikirkan sesuatu itu boleh dilakukan sekiranya ada kemahuan yang tinggi. Pilihlah jalan yang betul dalam meneruskan kehidupan. Fikiran negatif dan tindakan negatif merugikan diri sendiri. Lihatlah kehidupan dengan mata burung, jangan lihat kehidupan di bawah tempurung, lihatlah kehidupan dengan mata hati jangan lihat kehidupan dengan dunia sendiri. Fikir itu pelita hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan