Selasa, 20 Oktober 2009

KEM KERDIPAN BINTANG TAHUN 5 SK TAIPING 2009


Pada 6 dan 10 Oktober 2009, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kem Kerdipan Bintang Tahun 5. Kem ini ialah kem motivasi teknik menjawab soalan UPSR khusus
untuk murid-murid Tahun 5. Satu usaha proaktif pendedahan teknik menjawab
soalan ke arah kecemerlangan UPSR 2010. Guru-guru SK Taiping mempunyai
komitmen tinggi di atas usaha meningkatkan kecemerlangan murid-murid. Selain
bermatlamat meningkatkan kecemerlangan UPSR 2010, kem ini adalah untuk memberikan pendedahan secara mendalam mengenai kemahiran belajar dan teknik-teknik menghadapi
peperiksaan yang merupakan kunci kepada kejayaan murid-murid. Semoga sukses UPSR
2010, terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu, marilah sama-sama kita meningkatkan
potensi anak didik kita ke arah kecemerlangan dan masa depan yang gemilang mereka



















Kem Kerdipan Bintang Tahun 5 SK Taiping 2009


Kem Kerdipan Bintang ( Tahun 5 ) SK Taiping 2009




Selasa, 13 Oktober 2009

Lihatlah fajar pagi, disinilah bermulanya kehidupan. Penuhilah kehidupan ini dengan keazaman baru kerana setiap hari adalah satu permulaan kehidupan baru. Bersikap positif dalam melakukan sesuatu. Fikirkan sesuatu itu boleh dilakukan sekiranya ada kemahuan yang tinggi. Pilihlah jalan yang betul dalam meneruskan kehidupan. Fikiran negatif dan tindakan negatif merugikan diri sendiri. Lihatlah kehidupan dengan mata burung, jangan lihat kehidupan di bawah tempurung, lihatlah kehidupan dengan mata hati jangan lihat kehidupan dengan dunia sendiri. Fikir itu pelita hati.