Khamis, 19 November 2009
Keputusan UPSR 2009
Tahniah kepada pelajar-pelajar memperolehi keputusan 5A UPSR. Ingat perjuangan anda belum selesai. Prestasi UPSR 2009 membanggakan.
Isnin, 2 November 2009
PROGRAM-PROGRAM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2009
1. Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Pembimbing Rakan Sebaya. ( 16 Januari 2009 )
2. Kursus Kemahiran Belajar Tahun 6 ( 26 dan 27 Mac 2009 )
3. Ceramah Anti Dadah dan Pencegahan Jenayah ( 8 April 2009 )
4. Kem Pelajar Gemilang Siri 1 (6 dan 7 Mei 2009)
5. Kem Sinar Harapan Siri 1 (13dan 14 Mei 2009)
6. Kem Pelajar Gemilang Siri 2 12 dan 13 Ogos 2009) 7. Kem Sinar Harapan Siri 2 (12 dan 13 Ogos 2009)
8. Program Anti Dadah ( Mantapkan Dirimu ) (1 Oktober 2009)
9. Kem Kerdipan Bintang Tahun 5 (6 dan 8 Oktober 2009)
10. Program Awal Remaja (30 September 09)
11. Kuiz Kerjaya Tahun 6 (3 November 2009)
12. Inventori Kerjaya Tahun 6 (5 November 2009)
13. Sesi Kaunseling Individu dan Kelompok (Bermula Januari hingga Oktober 2009 )
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TAIPING
Penasihat
En. Mohd Noor Rashid b. Youb
Guru Besar
Pengerusi
En.Shamsudin b. Ismail
PK HEM
Setiausaha
En.Muhd Bukhary b. Zakariah
Guru Bimbingan
Ahli Jawatankuasa
Pn.Normala bt. Salleh
Pn.Azizah bt. Jaafar
Pn.Zuraidah bt. Abd Rahman
Pn.Hamimah bt. Ahmad
Pn.Kala Devi a/p Letchumanan
Pn.Roslinah bt. Ab Ghani
En.Soong Wen Jeng
Pn.Suseela a/p Letchumanan
En.Mazlan b. Jaid
En.Megat Azmin b. Saari
Pn. Siti Aminah bt. Ijat
Pn.Asnah bt. Malik
Pn.Wong Khong Mai
Pn.Junaidah bt. Abd Raof
Cik Nur Akmar bt. Md Arshad
Selasa, 20 Oktober 2009
KEM KERDIPAN BINTANG TAHUN 5 SK TAIPING 2009
Pada 6 dan 10 Oktober 2009, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kem Kerdipan Bintang Tahun 5. Kem ini ialah kem motivasi teknik menjawab soalan UPSR khusus
untuk murid-murid Tahun 5. Satu usaha proaktif pendedahan teknik menjawab
soalan ke arah kecemerlangan UPSR 2010. Guru-guru SK Taiping mempunyai
komitmen tinggi di atas usaha meningkatkan kecemerlangan murid-murid. Selain
bermatlamat meningkatkan kecemerlangan UPSR 2010, kem ini adalah untuk memberikan pendedahan secara mendalam mengenai kemahiran belajar dan teknik-teknik menghadapi
peperiksaan yang merupakan kunci kepada kejayaan murid-murid. Semoga sukses UPSR
2010, terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu, marilah sama-sama kita meningkatkan
potensi anak didik kita ke arah kecemerlangan dan masa depan yang gemilang mereka
Selasa, 13 Oktober 2009
Lihatlah fajar pagi, disinilah bermulanya kehidupan. Penuhilah kehidupan ini dengan keazaman baru kerana setiap hari adalah satu permulaan kehidupan baru. Bersikap positif dalam melakukan sesuatu. Fikirkan sesuatu itu boleh dilakukan sekiranya ada kemahuan yang tinggi. Pilihlah jalan yang betul dalam meneruskan kehidupan. Fikiran negatif dan tindakan negatif merugikan diri sendiri. Lihatlah kehidupan dengan mata burung, jangan lihat kehidupan di bawah tempurung, lihatlah kehidupan dengan mata hati jangan lihat kehidupan dengan dunia sendiri. Fikir itu pelita hati.
Langgan:
Catatan (Atom)